Tudung serlum – Maroon
RM12.00 – RM18.00
tudung serlum – maroon
Nak pakai tudung sarung yang boleh selamatkan muka daripada nampak tembam atau pelik… kemudian nak rasa selesa tapi susah nak dapatkan tudung macam ni sebab bila sarung saja, biasanya something wrong saja selalunya🙈 Kalau nak tau ini antara luahan yang team Almansouri selalu dapat..ahli Almansouri ada tak yang ada masalah macam ni?????
Sebelum tu izinkan kak zu share sikit tentang projek terbaru untuk tudung serlum by Almansouri ni…
Untuk makluman cikpuan, tudung ni adalah projek amal utk membantu tukang-tukang jahit tempatan terus dapat jana pendapatan dan sekaligus membantu mereka yang kehilangan sumber pendapatan jana pendapatan dengan tudung sarung kualiti butik pada harga kasih sayang ini..konsep ini diilhamkan daripada pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit insyaAllah. Maksudnya di sini, walaupun diskaun yang diberikan untuk harga kasih sayang ini agak besar jumlahnya meskipun cikpuan hanya tempah sehelai saja tapi dengan cara inilah kami warga almansouri mendoakan moga ianya dapat menjadi asbab kepada kejayaan projek amal ini…insyaAllah.